"Selamat Datang" Silahkan Cari Yang Anda Butuhkan dan Jangan Lupa Meninggalkan Email Anda Atau Akun Lainnya

Selasa, 19 Juli 2011

Bahaya Merokok


Merokok adalah penyebab utama penyakit dan membawa kepada kematian. Ia bertanggungjawab ke atas 90% barah paru-paru dan beberapa barah lain, 75% penyakit pernafasan, 25% penyakit jantung, komplikasi semasa mengandung dan penyakit pernafasan di kalangan kanak-kanak.

Sesiapa yang merokok lebih 20 batang rokok sehari mempunyai 10-15 kali ganda lebih mudah untuk mendapat serangan jantung kerana merokok merendahkan tahap lipoprotein berkepadatan tinggi (lemak yang baik) dalam darah.

JENIS PEROKOK :

Perokok Aktif
Individu yang menyedut asap rokok aliran utama melalui mulut

Perokok Pasif
Individu yang menghirup asap aliran sisi dan asap alirah utama yang dihembus keluar oleh perokok atau terdedah kepada asap rokok persekitaran





ANTARA KANDUNGAN KIMIA ROKOK
1. Aseton (penanggal cat)
2. Ammonia (pencuci lantai)
3. Naphthylamine
4. Metanol (bahan api)
5. Naftalena (ubat gegat)
6. Kadmium (digunakan dalam bateri kereta)
7. Polonium-201
8. Gas monoksida (gas beracun)
9. Vinil Klorida
10. Hidrogen Sianida (racun yang digunakan dalam kebuk gas)
11. Toluidina
12. Uretana
13. Toluena
14. Arsenik (racun anai-anai)
15. Dibenzakridine
16. Fenol
17. Butana
18. DDT (racun makhluk perosak)
19. Nikotin
20. Benzopyrine
21. Tar


KESAN BAHAN KIMIA TERHADAP KESIHATAN

NIKOTIN

Kesan Awal
• Menyempitkan saluran darah
• Meningkatkan kadar denyutan jantung dan membuatkan jantung bekerja lebih kuat
• Meningkatkan jumlah oksigen yang diperlukan oleh jantung

Kesan Akhir
• Ketagihan
• Meningkatkan tekanan darah
• Menyebabkan darah membeku dengan mudah
• Lebih cenderung kepada serangan jantung, strok/ulser usus dan perut

TAR
Kesan Awal
• Nafas berbau
• Gigi menjadi kuning
• Pakaian, rumah, dan tempat kerja berbau asap

Kesan akhir
• Barah paru-paru
• Emfisima (kesukaran bernafas)
• Lain-lain penyakit barah

KARBON MONOKSIDA
Kesan awal
• Mengurangkan oksigen dalam darah
• Kekurangan oksigen dalam darah, yang menyebabkan nafas menjadi pendek
• Kurang stamina
• Kurang oksigen untuk janin

Kesan akhir
• Meningkatkan peluang mendapat atherosclerosis (mengecilkan dan menyekat saluran darah)
• Memusnahkan saluran darah dan membawa kepada penyakit saluran darah, penyakit jantung, dan penyakit paru-paru

ANCAMAN ROKOK TERHADAP ORANG SEKELILING
Wanita
• Kelahiran bayi kurang berat badan dan tidak cukup bulan
• Lebih terdedah kepada kanser
• Kurang kesuburan
• Putus haid awal
• Kematian dan keguguran bayi dalam kandungan

Kanak-kanak
• Mudah mendapat penyakit lelah
• Mendapat jangkitan paru-paru
• Pertumbuhan paru-paru kanak-kanak terganggu
• Orang dewasa merokok menjadi contoh yang buruk kepada kanak-kanak






Sumber : http://www.soutulmujahid.com/2011/03/fakta-dan-kesan-merokok.html

0 komentar:

Posting Komentar

Baca Yang Lainnya dan Jangan Lupa Tinggalkan Komentar Anda